♥ CinTa 3D ♥

Posted by Sa'idaH | 12:45 AM | 2 comments »

CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.

Lafaz 'AKU CINTA PADAMU' atau 'I LOVE YOU' sudah tidak menjadikan si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti jantungnya. Pendek kata ungkapan 'AKU CINTA PADAMU' sudah jadi sebutan plastik yang lahir di bibir semata-mata, bukannya menjelma dari hati. Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian murah. Mengapa, ya?

Memanglah begini jadinya kerana ramai yang belum mengenal peringkat cinta yang pada pendapat saya sebenarnya ada tiga, mengikut tiga dimensi manusia iaitu fizikalnya, mentalnya dan spiritualnya. Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, peringkat kedua, cinta emosional dan peringkat ketiga, cinta spiritual.

Lazimnya, sepasang kekasih hanya mengalami dua dimensi cinta sahaja iaitu cinta fizikal dan cinta emosional. Tidak boleh tidak, kebanyakan percintaan pada hari ini bermula di dimensi cinta fizikal. Wajahnya, lirikan matanya, senyumannya, suaranya, seksinya, bau perfumnya, hensemnya dan segala-gala yang dapat dicapai oleh lima pancaindera banyak bergantung pada cinta fizikal. Cinta pandang pertama terlahir kerana cinta fizikal.

Pertemuan yang kerap sepasang kekasih, berbual, berSMS dan MMS, bertukar pendapat, membantu menyelesai masalah, saling bersama pergi dan pulang kerja, membantu menelaah pelajaran, pemberian hadiah dan pujian akan melahirkan cinta dimensi kedua iaitu cinta emosional. Dari situ, lahirlah rindu ingin sang kekasih sentiasa di sisi. Kerana cinta emosilah lahir ungkapan lautan api sanggup kurenangi.

Di manakah cinta spiritual? Lazimnya tak terlahir di peringkat ini kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui. Kerana tidak dimengerti, maka ia tidak dicari. Namun, anak yang dijodohkan oleh ibu bapa akan mengalami cinta spiritual terlebih dahulu sebelum cinta fizikal dan cinta emosional. Ia apa yang selalu disebut sebagai kahwin dahulu, baru bercinta, sedangkan sebenarnya mereka berkahwin kerana mengikut perintah ibu bapa. Apa yang disukai ibu bapa, ia juga disukai ALLAH. Kerana itulah, perkahwinan ini biasanya kekal dan damai kerana ditunjangi cinta spiritual, cinta emosional dan cinta fizikal.

Fizikal, mental dan spiritual seseorang itu harus dipenuhi sebelum seseorang itu akan komited terhadap sesuatu. Justeru itu, cinta fizikal dan cinta emosional sahaja belum melengkapi. Sebab itu ia goyah. Agar perkahwinan itu teguh, carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunah Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya untuk menambah umat dan kerana mengikut perintah ALLAH.

Ingatlah, jodoh kita ditentukan di Luh Mahfuz. Justeru itu, ia bukan sahaja untuk di dunia, malah membawa ke akhirat. Jika diizinkan-NYA, pasangan kita itulah yang akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga. Berkasih di syurga bukan hanya di dalam lagu cinta, tetapi yang benar akan terjadi jika kita mengerti dengan menyuluh ke denai-denai di hati.

sumber : iLuvislam.com

RASULULLAH SAW berjalan melalui sekumpulan penduduk yang sedang mengangkat batu dan ingin melihat siapakah yang kuat di antara mereka. Nabi bertanya, “Apakah batu itu?” Jawab mereka, “Ini batu keras”. Maka sabda Nabi SAW, “Mahukah saya beritahukan kepadamu yang lebih keras dari itu (batu)”? Jawab mereka, “Ya, Rasulullah”.

Maka sabda Nabi, “Orang yang bergaduh dengan kawannya sehingga berdendam, kemudian dapat mengalahkan syaitannya dan datang kepada kawannya itu lalu mengajak damai dan baik dengannya. Di dalam riwayat lain, Nabi SAW bertanya, “Apakah kamu mengukur kekuatan dengan mengangkat batu? Sukakah saya beritahukan kepadamu yang lebih kuat? Jawab mereka, “Baiklah Ya Rasulullah”. Sabda Nabi, “Ya itu orang yang penuh marah lalu menahan marahnya dan sabar”.

Yahya bin Mu’adz berkata, “Sesiapa yang mendoakan orang yang menganiayanya, maka ia sudah menyusahkan Nabi Muhammad SAW di tengah-tengah nabi yang lainnya dan menyenangkan iblis di tengah-tengah syaitan dan orang kafir. Dan siapa yang memaafkan orang yang zalim, maka ia menyedihkan kepada iblis di tengah-tengah orang kafir dan syaitan dan menyenangkan Nabi Muhammad SAW di tengah-tengah golongan nabi dan orang solihin.

Sumber Abullaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin

Rasulullah SAW pernah bersabda,
“ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذى يملك نفسه عند الغضب”
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari. Mafhumnya, “Bukanlah seorang yang kuat itu, seorang yang shur’ah tetapi seorang yang kuat itu adalah yang mampu mengawal dirinya ketika marah.”

Ayuh..Pulihkan CINTA kalian~!

Posted by Sa'idaH | 9:27 PM | 1 comments »

"Hanis pulang lewat hari ini sebab ada banyak kerja di pejabat. Hanis minta maaf sebab terpaksa pulang lewat dan lambat sediakan makan malam buat abang." Suara ikhlas si isteri meredakan suasana tatkala si suami juga penat bekerja menanti kepulangan permaisuri ke pangkuan.

"Hanis buatlah kerja. Itu amanah Hanis dengan Allah SWT. Amanah Hanis dengan majikan. Lagipun abang dah biasa macam ni masa bujang dulu." Si suami pula menyapa lembut lantas mendamaikan petang yang seakan-akan kelam.

***

Bebanan kian terasa tatkala pernikahan baru mencecah usia tiga bulan. Inai di jari juga masih merah . Dia juga tahu amanah mahupun tanggungjawab itu harus dipikul, bukan dilepaskan atau dibiarkan. Setiap orang akan tahu betapa beratnya bebanan sebagai pasangan suami isteri apabila mereka sudah berada di alam tersebut.

Dulu memang tiada perancangan langsung di dalam buku catatan sebelum berkahwin. Hanya yang ada jumlah hantaran, bajet kenduri, kad jemputan, lokasi perkahwinan, mak andam, sewa kanopi, rahsia malam pertama dan lain-lain lagi tanpa tersentuh apatah lagi menyentuh soal tanggungjawab sedangkan perkahwinan itu amanah. Katanya cukup kursus pra-perkahwinan.

"Mulut memang mudah menutur namun apakah akan sepersis perilaku?"

Kita mudah memahami nota-nota cinta di dalam drama bersiri, telenovela, di helaian novel atau cerpen. Sesungguhnya, adakala memang benar juga apabila sampai kepada babak rumahtangga mithali, rumahtangga kecoh, rumahtangga hancur. Namun, ianya berlalu bagaikan air dan tidak ada muhasabah. Air mata bercucuran kerana terlalu emosi menonton drama kegemaran tetapi kita lupa bahawa kita mungkin akan menghadapi keadaan yang sama kelak.

Kita ialah jiwa hamba. Jiwa kecil kita ini mudah tersentuh apabila perasaan tidak serasi dengan fitrah. Fitrah manusia normal senang hanyut sekiranya tiada iman sebagai pendinding. Kebal kita bukan kerana kuat atau sihat tubuh badan tetapi kuat iman menahan asakan bak jarum menusuk halus di setiap penjuru. Kadangkala apabila pernikahan terbina bukan kerana cinta kepada Ilahi maka tumbuhlah tunas-tunas lalang menghalang cahaya cinta Ilahi daripada terus menerjah ke sumur hati.

Mulalah timbul bibit-bibit di hati mahu berpisah atau baik hidup membujang. Kita juga lupa apabila sudah berkahwin tiada lagi wangian melekat di badan seperti seawal bercinta dahulu. Kini yang tinggal hanya bau yang tidak menyenangkan lantaran penat bekerja. Kini barulah kita tahu tembelang sebenar pasangan. Si suami bangun lewat tatkala waktu Subuh dan si isteri pulang lewat malam tanpa keizinan.

Memang susah mencari seorang Adam yang terfikir untuk berkahwin supaya mempunyai seorang Hawa yang halal baginya itu mengarah jalan menuju ke Syurga. Kita cuma terfikir kehidupan di dunia sahaja. Apabila timbul soal perkahwinan ianya hanya berupa material luaran sahaja. Tiada lagi pertimbangan rohani dan tiada lagi soal kebahagiaan si dia, kebebasan si dia atau mengerti tentang si dia. Isteri pula hanya sekadar alat untuk melepaskan tempias nafsu semata-mata.

Kita bukan sahaja hipokrit dengan pasangan malah bersikap munafiq dengan Allah SWT. Kita mengharapkan si dia sempurna tetapi adakah kita sedar pasangan kita juga menagih kebaikan dan tanggungjawab kita kepada institusi perkahwinan seperti yang kita ikrarkan dulu.

Benar qadha' dan qadar adalah ketentuan daripada Maha Esa. Kita merancang tetapi Allah SWT yang menetukan soal jodoh, maut, dan rezeki kita. Tidak penting di mana kita bermula tetapi ke mana kita berakhir. Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi. Ianya umpama mengemudi sebuah kapal yang penuh dengan barangan dagangan untuk di layari di tengah-tengah lautan, ia adalah[B] tanggungjawab[/B]. Ingat! Laut pula tidak pernah sunyi dari ombak dan pelayaran tetap diteruskan. Hanya yang tinggal ialah kebijaksanaan komunikasi antara nakhoda dan kelasinya.

***

**Buku: Berteduh Di Kebun Cinta

Kenapa motivasi cinta?

Saya mengenang kembali tujuan saya menghasilkan buku ini. Bukan untuk mencari populariti dan bukan niat saya untuk menjadikan buku ini best seller, ianya cuma satu anugerah tidak terhingga andai diberi peluang. Namun jauh di sudut hati ketika itu, saya ingin melihat masyarakat kita terdidik dengan nilai kerohanian tinggi agar remaja mengenali diri, suami isteri saling mengerti dan lantas melahirkan institusi keluarga yang bahagia.

Hari demi hari memang kita sering dihidangkan dengan masalah politik tanah air tetapi kita jangan lupa bahawa saban hari kita juga dihidangkan dengan masalah keruntuhan akhlak, masalah pergaulan bebas dan masalah sosial di sana sini tanpa ada lagi rasa malu asalkan nafsu dapat dipuaskan.

Bayangkan perempuan sudah hilang dara pada usia 13 tahun, ketagihan hubungan seksual, bercinta hingga ke dalam kain, sanggup dibawa kekasih yang dicintai ke seberang. Ini cuma kes yang didedahkan di dalam akhbar tempatan namun saya yakin masih banyak lagi perkara sebegini berlaku di luar sana. Bukan berganda bahkan berganda-ganda.

Sedih dan geram. Jujurnya, saya cuba untuk menyentuh golongan ini secara lembut, baik remaja, suami isteri mahupun keluarga supaya mengerti di sebalik kalam cinta yang diluahkan dan yang dipatri antara kalian. Jangan lupa ramai juga dalam kalangan mereka berlatarbelakangkan agama tetapi masih gagal apabila berhadapan krisis hati dan soal cinta. Benteng iman perlu diperkuatkan daripada rebung lagi. Anak-anak harus dididik dan diajar supaya mereka kenal cinta dan Pencipta cinta

Cinta ialah sesuatu yang sering kita bicarakan, cuma cara dan kaedah kita bercinta sahaja yang berbeza namun ianya masih memerlukan penghayatan yang mendalam. Cinta yang kita mahukan adalah bersalut redha Ilahi, cinta kita kepada pasangan kerana cinta kita kepada Ilahi dan janganlah kita halalkan cinta sebelum berkahwin kerana ianya penuh noda. Berilah cinta kita sepenuhnya kepada pasangan.

Buatlah sesuatu atas dasar mencari redha Allah SWT walaupun perlakuan tidak semudah tutur kata. Perjuangan itu memang memenatkan dan kadangkala mengundang rasa putus asa. Namun, ketahuilah bahawa penat itulah yang bakal melahirkan izzah seseorang hamba dan sesungguhnya ketabahan tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Duhai isteri, belajarlah untuk menjadi sekuat Siti Hajar dan seteguh Siti Fatimah tatkala berhadapan dengan hidup yang serba kekurangan. Cinta mereka kepada Allah SWT tidak pernah kurang. Inilah mahar yang harus dibayar demi meraih kekuatan cinta abadi dan iman yang kukuh. Segala-galanya kerana Allah SWT.

Benarlah kata orang;

"Allah SWT bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya tapi cinta kita kepada-Nya. Pulihkan cinta kalian kepada-Nya, demi cinta kalian kepadanya. "

TaQwA..

Posted by Sa'idaH | 8:35 PM | 0 comments »

Barangsiapa yang bertaqwa kpd ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang berTAWAKKAL kpd ALLAH nescaya akan ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakiNYA. [At-Talaq:2-3]

SUBAHANALLAH...^____^

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Posted by Sa'idaH | 5:09 PM | 0 comments »

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria x?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Sumber Grafik: http://testi.iluvislam.com/1247initiate-something/]Initiate Something[/LINK], [B]Info:[/B] Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh [LINK=/tag/aeyie®.html]aeyie®

Bismillah...

20/02/2011-Ahad, Event Team iLuvislam telah berjaya menganjurkan sebuah lagi program FEEWIT...Alhamdulillah, sambutan yang agak baik dari peserta dan user iLi =)

Berbeza dari tahun-tahun sudah, konsep FEWWIT iLuvislam 2011 ditukar kepada perbincangan tajuk buku-buku terbaik di pasaran.

Forum ini akan menampilkan 3 orang panelis, iaitu Penulis Buku 'Bebas Dari Belenggu, yang juga seorang pakar motivasi, Dr. Azhar Sarip, editor akhbar majalah ILUVISLAM, Ustaz Saharom Abd. Aziz, dan juga pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Hamid Jusoh.

He always be there =)

Posted by Sa'idaH | 8:11 PM | 0 comments »

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqara: 186)

Hablumminallah (hubungan dengan ALLAH)

Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.

Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati Allah Swt. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada Allah Swt. Ketika itu, mintalah bantuan Allah Swt, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada Allah Swt.

"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Hablumminannas (Hubungan sesama manusia)

Adakah zaman ini kita masih merasa tidak cukup berhubungan sesama manusia untuk mengajak manusia ke arah kebaikan? Di zaman IT ini tiada alasan untuk mengatakan tiada orang untuk kita dakwahkan atau untuk kita ajak kepada kebaikan. Medium facebook, blog dan emel akan cukup membuatkan kita teramat sibuk dari merasai kesunyian itu.

Islam bukan sekadar iman dalam jiwa, malah hendaklah diamalkan dalam kehidupan keluarga dan masyarakat, bersesuaian dengan maksud Islam sebenar, iaitu selamat, sejahtera, aman, dan damai. Jika dilihat konsepnya dalam Islam, ada satu prinsip yang Allah tetapkan bagaimana sepatutnya umat manusia berhbungan antara satu dengan yang lain.

Allah berfirman yang bermaksud:[I]

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran." (Surah Al-Maaidah Ayat 2)

Ayat tersebut menggesa agar kita tolong-menolong atas kebaikan dan ketakwaan dan Allah s.w.t tegas melarang perkara yang boleh membawa kepada dosa atau permusuhan mahupun dengan ibu bapa, anak-anak, jiran tetangga, masyarakat, majikan dengan pekerja, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya.

Hakikatnya kita tak pernah keseorangan

Alone? Lonely? Keseorangan? Jangan biarkan Syaitan dan Iblis merajai hati kita apabila kita terlalu memikirkan keseorangan diri. Ingatlah ada malaikat yang sentiasa bersama kita, sel-sel tubuh badan, dan pelbagai lagi makhluk yang sentiasa ada bersama kita. Dan tentunya Allah Swt sentiasa Maha Mendengar dan Maha Mengetahui tentang kita

sumber : iLuvislam.com

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar

Tuesday, March 8, 2011

Monday, February 28, 2011

Marah atau Sabar?? =) tepuk dada, tanya IMAN..

RASULULLAH SAW berjalan melalui sekumpulan penduduk yang sedang mengangkat batu dan ingin melihat siapakah yang kuat di antara mereka. Nabi bertanya, “Apakah batu itu?” Jawab mereka, “Ini batu keras”. Maka sabda Nabi SAW, “Mahukah saya beritahukan kepadamu yang lebih keras dari itu (batu)”? Jawab mereka, “Ya, Rasulullah”.

Maka sabda Nabi, “Orang yang bergaduh dengan kawannya sehingga berdendam, kemudian dapat mengalahkan syaitannya dan datang kepada kawannya itu lalu mengajak damai dan baik dengannya. Di dalam riwayat lain, Nabi SAW bertanya, “Apakah kamu mengukur kekuatan dengan mengangkat batu? Sukakah saya beritahukan kepadamu yang lebih kuat? Jawab mereka, “Baiklah Ya Rasulullah”. Sabda Nabi, “Ya itu orang yang penuh marah lalu menahan marahnya dan sabar”.

Yahya bin Mu’adz berkata, “Sesiapa yang mendoakan orang yang menganiayanya, maka ia sudah menyusahkan Nabi Muhammad SAW di tengah-tengah nabi yang lainnya dan menyenangkan iblis di tengah-tengah syaitan dan orang kafir. Dan siapa yang memaafkan orang yang zalim, maka ia menyedihkan kepada iblis di tengah-tengah orang kafir dan syaitan dan menyenangkan Nabi Muhammad SAW di tengah-tengah golongan nabi dan orang solihin.

Sumber Abullaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin

Rasulullah SAW pernah bersabda,
“ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذى يملك نفسه عند الغضب”
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari. Mafhumnya, “Bukanlah seorang yang kuat itu, seorang yang shur’ah tetapi seorang yang kuat itu adalah yang mampu mengawal dirinya ketika marah.”

Sunday, February 27, 2011

Ayuh..Pulihkan CINTA kalian~!

"Hanis pulang lewat hari ini sebab ada banyak kerja di pejabat. Hanis minta maaf sebab terpaksa pulang lewat dan lambat sediakan makan malam buat abang." Suara ikhlas si isteri meredakan suasana tatkala si suami juga penat bekerja menanti kepulangan permaisuri ke pangkuan.

"Hanis buatlah kerja. Itu amanah Hanis dengan Allah SWT. Amanah Hanis dengan majikan. Lagipun abang dah biasa macam ni masa bujang dulu." Si suami pula menyapa lembut lantas mendamaikan petang yang seakan-akan kelam.

***

Bebanan kian terasa tatkala pernikahan baru mencecah usia tiga bulan. Inai di jari juga masih merah . Dia juga tahu amanah mahupun tanggungjawab itu harus dipikul, bukan dilepaskan atau dibiarkan. Setiap orang akan tahu betapa beratnya bebanan sebagai pasangan suami isteri apabila mereka sudah berada di alam tersebut.

Dulu memang tiada perancangan langsung di dalam buku catatan sebelum berkahwin. Hanya yang ada jumlah hantaran, bajet kenduri, kad jemputan, lokasi perkahwinan, mak andam, sewa kanopi, rahsia malam pertama dan lain-lain lagi tanpa tersentuh apatah lagi menyentuh soal tanggungjawab sedangkan perkahwinan itu amanah. Katanya cukup kursus pra-perkahwinan.

"Mulut memang mudah menutur namun apakah akan sepersis perilaku?"

Kita mudah memahami nota-nota cinta di dalam drama bersiri, telenovela, di helaian novel atau cerpen. Sesungguhnya, adakala memang benar juga apabila sampai kepada babak rumahtangga mithali, rumahtangga kecoh, rumahtangga hancur. Namun, ianya berlalu bagaikan air dan tidak ada muhasabah. Air mata bercucuran kerana terlalu emosi menonton drama kegemaran tetapi kita lupa bahawa kita mungkin akan menghadapi keadaan yang sama kelak.

Kita ialah jiwa hamba. Jiwa kecil kita ini mudah tersentuh apabila perasaan tidak serasi dengan fitrah. Fitrah manusia normal senang hanyut sekiranya tiada iman sebagai pendinding. Kebal kita bukan kerana kuat atau sihat tubuh badan tetapi kuat iman menahan asakan bak jarum menusuk halus di setiap penjuru. Kadangkala apabila pernikahan terbina bukan kerana cinta kepada Ilahi maka tumbuhlah tunas-tunas lalang menghalang cahaya cinta Ilahi daripada terus menerjah ke sumur hati.

Mulalah timbul bibit-bibit di hati mahu berpisah atau baik hidup membujang. Kita juga lupa apabila sudah berkahwin tiada lagi wangian melekat di badan seperti seawal bercinta dahulu. Kini yang tinggal hanya bau yang tidak menyenangkan lantaran penat bekerja. Kini barulah kita tahu tembelang sebenar pasangan. Si suami bangun lewat tatkala waktu Subuh dan si isteri pulang lewat malam tanpa keizinan.

Memang susah mencari seorang Adam yang terfikir untuk berkahwin supaya mempunyai seorang Hawa yang halal baginya itu mengarah jalan menuju ke Syurga. Kita cuma terfikir kehidupan di dunia sahaja. Apabila timbul soal perkahwinan ianya hanya berupa material luaran sahaja. Tiada lagi pertimbangan rohani dan tiada lagi soal kebahagiaan si dia, kebebasan si dia atau mengerti tentang si dia. Isteri pula hanya sekadar alat untuk melepaskan tempias nafsu semata-mata.

Kita bukan sahaja hipokrit dengan pasangan malah bersikap munafiq dengan Allah SWT. Kita mengharapkan si dia sempurna tetapi adakah kita sedar pasangan kita juga menagih kebaikan dan tanggungjawab kita kepada institusi perkahwinan seperti yang kita ikrarkan dulu.

Benar qadha' dan qadar adalah ketentuan daripada Maha Esa. Kita merancang tetapi Allah SWT yang menetukan soal jodoh, maut, dan rezeki kita. Tidak penting di mana kita bermula tetapi ke mana kita berakhir. Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi. Ianya umpama mengemudi sebuah kapal yang penuh dengan barangan dagangan untuk di layari di tengah-tengah lautan, ia adalah[B] tanggungjawab[/B]. Ingat! Laut pula tidak pernah sunyi dari ombak dan pelayaran tetap diteruskan. Hanya yang tinggal ialah kebijaksanaan komunikasi antara nakhoda dan kelasinya.

***

**Buku: Berteduh Di Kebun Cinta

Kenapa motivasi cinta?

Saya mengenang kembali tujuan saya menghasilkan buku ini. Bukan untuk mencari populariti dan bukan niat saya untuk menjadikan buku ini best seller, ianya cuma satu anugerah tidak terhingga andai diberi peluang. Namun jauh di sudut hati ketika itu, saya ingin melihat masyarakat kita terdidik dengan nilai kerohanian tinggi agar remaja mengenali diri, suami isteri saling mengerti dan lantas melahirkan institusi keluarga yang bahagia.

Hari demi hari memang kita sering dihidangkan dengan masalah politik tanah air tetapi kita jangan lupa bahawa saban hari kita juga dihidangkan dengan masalah keruntuhan akhlak, masalah pergaulan bebas dan masalah sosial di sana sini tanpa ada lagi rasa malu asalkan nafsu dapat dipuaskan.

Bayangkan perempuan sudah hilang dara pada usia 13 tahun, ketagihan hubungan seksual, bercinta hingga ke dalam kain, sanggup dibawa kekasih yang dicintai ke seberang. Ini cuma kes yang didedahkan di dalam akhbar tempatan namun saya yakin masih banyak lagi perkara sebegini berlaku di luar sana. Bukan berganda bahkan berganda-ganda.

Sedih dan geram. Jujurnya, saya cuba untuk menyentuh golongan ini secara lembut, baik remaja, suami isteri mahupun keluarga supaya mengerti di sebalik kalam cinta yang diluahkan dan yang dipatri antara kalian. Jangan lupa ramai juga dalam kalangan mereka berlatarbelakangkan agama tetapi masih gagal apabila berhadapan krisis hati dan soal cinta. Benteng iman perlu diperkuatkan daripada rebung lagi. Anak-anak harus dididik dan diajar supaya mereka kenal cinta dan Pencipta cinta

Cinta ialah sesuatu yang sering kita bicarakan, cuma cara dan kaedah kita bercinta sahaja yang berbeza namun ianya masih memerlukan penghayatan yang mendalam. Cinta yang kita mahukan adalah bersalut redha Ilahi, cinta kita kepada pasangan kerana cinta kita kepada Ilahi dan janganlah kita halalkan cinta sebelum berkahwin kerana ianya penuh noda. Berilah cinta kita sepenuhnya kepada pasangan.

Buatlah sesuatu atas dasar mencari redha Allah SWT walaupun perlakuan tidak semudah tutur kata. Perjuangan itu memang memenatkan dan kadangkala mengundang rasa putus asa. Namun, ketahuilah bahawa penat itulah yang bakal melahirkan izzah seseorang hamba dan sesungguhnya ketabahan tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Duhai isteri, belajarlah untuk menjadi sekuat Siti Hajar dan seteguh Siti Fatimah tatkala berhadapan dengan hidup yang serba kekurangan. Cinta mereka kepada Allah SWT tidak pernah kurang. Inilah mahar yang harus dibayar demi meraih kekuatan cinta abadi dan iman yang kukuh. Segala-galanya kerana Allah SWT.

Benarlah kata orang;

"Allah SWT bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya tapi cinta kita kepada-Nya. Pulihkan cinta kalian kepada-Nya, demi cinta kalian kepadanya. "

Thursday, February 24, 2011

TaQwA..

Barangsiapa yang bertaqwa kpd ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang berTAWAKKAL kpd ALLAH nescaya akan ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakiNYA. [At-Talaq:2-3]

SUBAHANALLAH...^____^

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria x?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Sumber Grafik: http://testi.iluvislam.com/1247initiate-something/]Initiate Something[/LINK], [B]Info:[/B] Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh [LINK=/tag/aeyie®.html]aeyie®

Sekitar Program FEWWIT-Bebas Dari Belenggu

Bismillah...

20/02/2011-Ahad, Event Team iLuvislam telah berjaya menganjurkan sebuah lagi program FEEWIT...Alhamdulillah, sambutan yang agak baik dari peserta dan user iLi =)

Berbeza dari tahun-tahun sudah, konsep FEWWIT iLuvislam 2011 ditukar kepada perbincangan tajuk buku-buku terbaik di pasaran.

Forum ini akan menampilkan 3 orang panelis, iaitu Penulis Buku 'Bebas Dari Belenggu, yang juga seorang pakar motivasi, Dr. Azhar Sarip, editor akhbar majalah ILUVISLAM, Ustaz Saharom Abd. Aziz, dan juga pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Hamid Jusoh.

Wednesday, February 23, 2011